KUALA LUMPUR – Pihak Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan menutup sementara beberapa lorong di Kilometer (KM) 265.4 di antara Persimpangan Bertingkat Seremban dan Persimpangan Bertingkat Bandar Ainsdale (arah Utara) bermula pada pukul 10 malam, esok.
Menurut PLUS, penutupan lorong tersebut akan diadakan secara berterusan bermula 10 Mac hingga pukul 12 tengah hari pada Jumaat setiap minggu sehingga 26 April yang akan datang.
“Ia bagi membolehkan kerja-kerja penyelengaraan jambatan dilaksanakan di kawasan terbabit.
“PLUS juga bersedia untuk membuka laluan kontra di laluan terbabit sekiranya berlaku kesesakan yang luar biasa semasa penutupan lorong ini dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, PLUS menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan serta mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan oleh pihaknya. – K! ONLINE











