Muka lebam dipukul guna ekzos - Utusan Malaysia

Muka lebam dipukul guna ekzos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU – Seorang suami bagaikan dirasuk syaitan apabila tergamak membelasah isterinya menggunakan sebatang ekzos motosikal dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Ladang Bagahak 2, Tungku di sini kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu menyebabkan mangsa­ yang berusia 36 tahun lebam pada kedua-dua mata selain pecah bibir.

Mangsa turut bengkak pada belakang badan akibat dipukul menggunakan ekzos motosikal oleh suspek ber­usia 29 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Difahamkan, ketika kejadian pasangan suami isteri itu telah bertengkar apabila mangsa cuba mempertahankan anak-anaknya daripada terus dimarahi oleh suspek.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN