CARACAS 7 Mac – Venezuela menghalau Duta Jerman di sana sebagai tindak balas sokongan antarabangsa terhadap pemimpin pembangkang, Juan Guaido dengan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan sekatan untuk menekan Presiden Nicolas Maduro, baru-baru ini.
Kementerian Luarnya memberi tempoh 48 jam kepada Duta Besar Jerman, Daniel Kriener kerana ‘campur tangan’ dalam hal ehwal dalaman Venezuela.
Kriener sempat bertemu Gaido sebelum kepulangannya di Lapangan Terbang Caracas pada Isnin lalu.
Guaido berkata, penyingkiran Kriener akan dilihat sebagai ‘ancaman kepada dunia bebas’.
“Nampaknya rejim Maduro tidak memaafkan sesiapa yang mahu membantu Venezuela.
“Kriener telah membantu untuk cuba membawa bantuan kemanusiaan ke Venezuela,” katanya.
Selain itu, kumpulan advokasi juga mengutuk tindakan pihak keselamatan Venezuela yang menahan wartawan AS sekitar 12 jan sebelum dihantar pulang ke negara asal kerana menyerang kebebasan bersuara. – AFP











