Tiga stesen MRT laluan SBK ditutup hujung minggu ini - Utusan Malaysia

Tiga stesen MRT laluan SBK ditutup hujung minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 6 Mac – Tiga stesen Transit Aliran Massa (MRT) bagi Laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK) akan ditutup sepenuhnya pada Sabtu dan Ahad ini bagi memberi laluan kerja-kerja pembinaan simpang ke landasan depoh Sungai Buloh.


Ketua Pegawai Operasi MRT SBK, Azmi Mohd. Zain berkata, penutupan bagi tempoh dua hari yang bermula dari pada pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam itu melibatkan stesen MRT Sungai Buloh, Kampung Selamat dan Kwasa Damansara.

“Perkhidmatan bas perantara akan disediakan dari Stesen Kwasa Sentral melalui Kampung Selamat dan Sungai Buloh dengan kekerapan waktu operasi antara tujuh hingga 10 minit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi memudahkan pengguna, kami akan menyediakan 10 buah bas yang mampu menampung 1,000 penumpang dalam masa sejam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini