Langganan internet kelajuan 100 Mbps meningkat pada 2018 - Utusan Malaysia

Langganan internet kelajuan 100 Mbps meningkat pada 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Jumlah langganan jalur lebar talian tetap dengan kelajuan 100 megabait sesaat (Mbps) meningkat dengan mendadak daripada 150,000 pada tahun 2017 kepada 1.2 juta pada tahun lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak berkata, lonjakan langganan itu disebabkan oleh perlaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang menjadikan harga borong rangkaian menurun.

Jelasnya, penurunan itu membolehkan pembekal perkhidmatan internet dalam indutri menurunkan harga jualan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi sekali gus meningkatkan kelajuan kesalinghubungan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Teknologi rangkaian gentian optik menjanjikan kelajuan lebih tinggi, kependaman rendah dan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan menjadikan teknologi paling pesat membangun dengan purata peningkatan tahunan sebanyak 11.9 peratus dalam tempoh 2019 hingga 2025.

“Kerajaan merancang untuk menyediakan internet yang lebih baik menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang akan merangsang kadar langganan untuk jalur lebar berkelajuan tinggi di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, langganan jalur lebar di negara ini juga meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh lima tahun untuk mencapai 39.4 juta pada tahun lalu.

Ujar Al-Ishal, data baharu yang dikeluarkan oleh SKMM itu menunjukkan pertumbuhan langganan jalur lebar mudah alih.

“Lonjakan itu dicetuskan oleh capaian liputan 3G dan 4G/LTE yang lebih meluas, kualiti rangkaian yang lebih baik dan peningkatan persaingan dalam pasaran jalur lebar.

“Selari dengan NFCP, matlamat utamanya ialah untuk menjalin kesalinghubungan digital yang berkualiti dan mempu dimiliki dengan meluas,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini