VjQyZkBjThailand keluarkan 27.82 juta tan metrik sisa buangan - Utusan Malaysia

VjQyZkBj

Thailand keluarkan 27.82 juta tan metrik sisa buangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VjQyZkBj

BANGKOK 6 Mac – Berikutan pertumbuhan pesat penduduk dan urbanisaasi, sejumlah 27.82 juta tan metrik bahan buangan terhasil di Thailand tahun lepas, peningkatan 1.64 peratus daripada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Kawalan Pencemaran (PCD) dalam satu laporan.

Dalam risalah ‘Booklet on Thailand State of Pollution 2018’ yang diterbitkan oleh jabatan itu, ia menyatakan, di Bangkok, sejumlah 4.85 juta tan metrik sisa buangan terhasil, iaitu kira-kira 17 peratus daripada jumlah sisa buangan negara. 

“Sebanyak 76 wilayah yang lain menyumbang 22.97 juta tan metrik sisa buangan tahun lepas,” katanya. 

Risalah itu mengandungi perangkaan dan inisiatif diambil oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan PCD dalam masalah pencemaran air, udara dan sisa buangan di Thailand.

Laporan itu juga menyatakan pengurusan sisa buangan di negara ini menunjukkan penambahbaikan, dengan 9.58 juta tan metrik atau 34 peratus sisa buangan perbandaran diasingkan di peringkat punca dan dikitar semula, peningkatan 13 peratus daripada jumlah keseluruhan pada 2017. – BERNAMA


Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini