Marah pekerja ladang perkara biasa - Felcra - Utusan Malaysia

Marah pekerja ladang perkara biasa – Felcra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Felcra Bhd. (Felcra) menyifatkan tindakan Ketua Pegawai Operasinya, Mohd. Khairi Mahamor memarahi pekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Pahang baru-baru ini seperti mana yang dapat dilihat menerusi sebuah video tular sebagai tiada isu.

Pengerusi Felcra, Datuk Nageeb Wahab berkata, kejadian itu berlaku disebabkan Mohd. Khairi yang baru dilantik ke jawatan tersebut empat bulan lalu terlalu bersemangat menjalankan tugasnya dalam meningkatkan prestasi organisasi berkenaan.

“Tiada perkataan tidak sopan (obscene) disebutkan. Kalau tanya saya, tiada isu pun. Bagaimanapun, kami akan lakukan siasatan dalaman. Esok ada mesyuarat Lembaga Pengarah jadi kita akan buat keputusan tentang perkara ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tapi kalau kita biasa kerja di ladang, ini adalah satu kebiasaan tetapi mungkin cara dia (Mohd. Khairi) melibatkan penerimaan masa sekarang. Apa pun kita tak kata yang kita benar,” katanya kepada pemberita di Wisma Felcra di sini hari ini. 

Video berdurasi 1 minit yang tular tersebut dirakam sewaktu Mohd. Khairi melawat sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Batu, Pahang baru-baru ini.

Dia dirakam menengking pekerjanya di situ ekoran tidak menggunakan semula beg baja yang telah digunakan.

Sementara itu, Nageeb mengakui penularan video sedemikian merupakan yang pertama kali berlaku melibatkan kakitangan Felcra. 

Beliau berkata, mereka juga belum memutuskan sama ada mahu mengambil tindakan ke atas pihak yang merakam insiden tersebut dan menularkannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini