KUALA LUMPUR 5 Mac – Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan mengadakan forum tips menjalani rawatan intrauterine insemination (IUI) di Dewan Serbaguna hospital itu, 16 Mac ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Hospital PUSRAWI dalam laman web rasminya www.pusrawi. com.my memberitahu, forum yang membincangkan isu berhubung rawatan kesuburan bagi membantu pasangan untuk memperoleh zuriat itu akan bermula pukul 2 hingga 4 petang.
“Orang ramai berpeluang menimba ilmu baharu berhubung rawatan kesuburan melalui doktor pakar kami secara percuma,” katanya di sini hari ini.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 03-26875017. – UTUSAN ONLINE











