Tujuh individu dilantik ahli RCI - Utusan Malaysia

Tujuh individu dilantik ahli RCI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 5 Mac – Seramai tujuh individu hari ini menerima surat lantikan sebagai ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis, lebih tiga tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dilantik sebagai Pengerusi suruhanjaya tersebut manakala bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai sebagai Timbalannya.

Katanya, lima individu lain yang dilantik adalah bekas Ketua Pendakwaan; Datuk Noorbahri Baharuddin; Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Tan Sri Razali Ismail; bekas Ketua Penyelidik, Jabatan Peguam Negara, Datuk Junaidah Abdul Rahman; bekas Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussin dan bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Dr. Tan Seng Giaw.

“Perlantikan ahli RCI tersebut telah mendapat perkenan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Shah pada 29 Januari lalu.

“Suruhanjaya yang dibantu oleh sebuah urusetia di peringkat Kementerian Dalam Negeri akan menjalankan penyiasatannya selama enam bulan dan laporannya kelak akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika berucap pada majlis perlantikan ahli RCI, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN