NGO dakwa pegawai JPN Perak salah guna kuasa - Utusan Malaysia

NGO dakwa pegawai JPN Perak salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Beberapa pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak didakwa menyalahgunakan kuasa berkaitan isu penempatan tiga Guru Besar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Kinta Utara di sini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan Perak, Omar Bakar berkata, pihaknya mengesyaki beberapa pegawai dari Unit Sekolah Rendah dan Sektor Pengurusan Sekolah JPN Perak itu menerima sejumlah wang dalam urusan penempatan Guru Besar di sekolah terlibat. 

“Kami menerima maklumat mengatakan berlaku ketidaktelusan dalam pelantikan Guru Besar di SJKC di daerah Kinta Utara ini dan jawatan tersebut diisi oleh guru dari daerah lain. 

“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana lebih ramai guru yang lebih berkelayakan dan senior di daerah Kinta Utara boleh mengisi jawatan berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak di sini hari ini. 

Tambah Omar, pihaknya turut mengesyaki pengisian jawatan Guru Besar berkenaan didalangi syarikat pembekal alat tulis yang mahu mengaut keuntungan besar selepas dijanjikan projek pembekalan peralatan alat tulis ke sekolah itu. 

“Penempatan guru-guru besar tersebut telah diatur dan semua pihak termasuk pegawai di JPN mendapat habuan masing-masing melibatkan amaun yang besar sehingga ratusan ribu ringgit. 

“Oleh sebab itu, kami berharap pihak berkuasa termasuk SPRM menyiasat perkara ini dalam usaha mencegah rasuah sekali gus menyekatnya daripada terus merebak pada masa akan datang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini