Pilihan Raya Kampus UM catat sejarah - Utusan Malaysia

Pilihan Raya Kampus UM catat sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UNIVERSITI Malaya (UM) mencatat sejarah apabila buat pertama kali pilihan raya kampusnya kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar sendiri.

Langkah ini selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus pada September tahun lalu yang mahukan pelajar diberi mandat untuk mengendalikan pilihan raya kampus secara bebas dan telus.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus UM (JPRKUM), Vaness Eunice Scully berkata, langkah ini diyakini dapat memperkasakan pelajar seterusnya melahirkan mahasiswa yang lebih aktif bukan sahaja dalam aspek akademik bahkan kepemimpinan dan pengurusan.

“Inilah pemerkasaan pelajar yang sebenar bagi saya. Pelajar diberi kuasa autonomi untuk mengendalikan pilihan raya sebesar ini.

“Banyak cabaran yang kami hadapi kerana sekian lama pilihan raya diuruskan oleh pegawai universiti. Agak sukar untuk mendapatkan kepercayaan dan penghormatan daripada pelajar (sebagai pengendali pilihan raya),” katanya ketika ditemui di Auditorium Kompleks Perdana Siswa UM.

Seramai 70 calon disahkan bertanding dalam pilihan raya kampus kali ini yang mana 25 daripadanya bersaing untuk lapan kerusi umum manakala 45 calon lagi bakal merebut 32 kerusi Akademi, Fakulti dan Pusat.

Seramai 14,480 pelajar layak untuk mengundi.

Sementara itu menurut Vanessa, satu lagi pembaharuan yang dilakukan dalam pilihan raya kali ini adalah dengan melanjutkan tempoh berkempen dari tiga hari kepada tujuh hari.

Tempoh berkempen bermula pada pukul 8 pada 25 Februari lalu sehingga pukul 11.59 malam Ahad sebelum pengundian dijalankan semalam.

“Kami bekerjasama dengan bahagian keselamatan dan pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang waktu kempen,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN