Karya HSKU perlu dipopularkan - Utusan Malaysia

Karya HSKU perlu dipopularkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Karya-karya pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) perlu ditonjolkan lagi supaya masyarakat benar-benar dapat merasai dan menghayati kuali­ti yang dihasilkan oleh para pemenang.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad yang turut hadir dalam majlis penyampai­an hadiah HSKU Ke-33 pada Rabu lalu berkata, selain me­ngumumkan pemenang, seti­ap novel atau karya yang dihasilkan wajar dibacakan sinopsis supaya ha­dirin mengetahui jalan cerita dan kualiti karya.

HASAN MAD
HASAN MAD

Baginya, pendekatan sebegitu mampu menarik minat orang ramai untuk mendapatkan setiap karya yang dihasilkan selain menjadikan HSKU sebagai satu anugerah tahunan yang dinanti-nantikan rakyat terutama penggemar bidang ke­susasteraan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Misalnya kena bandingkan dengan Anugerah Juara Lagu (AJL) yang menjadi seakan-akan acara peringkat nasional.

“Kena menarik mi­nat masyarakat un­tuk menyertai pel­bagai pertandi­ngan kesusastera­an dan HSKU menjadi acara kemuncak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam majlis HSKU Ke-33 yang diadakan di Dewan Utusan di sini kelmarin, 38 pemenang diumumkan masing-masing dalam lapan hadiah kategori Cerpen Umum, Cerpen Remaja dan Puisi; enam hadiah kate­gori Cerpen Media Baharu; dua hadiah kategori Rencana Sastera serta enam hadiah kate­gori Novel Remaja.

Kata Hasan, HSKU yang sudah masuk kali ke-33 seharusnya menjadi sebuah pertandingan yang matang dan dinanti-nantikan oleh rakyat.

Beliau malah mencadangkan, karya-karya yang dihasilkan turut diterjemahkan ke dalam arus pemodenan de­ngan mengambil kesempatan terhadap perkembangan pesat Revolusi Perindustrian 4.0 dan kemajuan Internet.

“Kumpulan Utusan wajib menginovasikan HSKU dan sebaik-baiknya tidak lagi menjadi sebuah pertandingan yang biasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini