Labah-labah tewaskan ular brown Australia - Utusan Malaysia

Labah-labah tewaskan ular brown Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MYRTLEFORD, Australia – Seorang wanita merakam detik-detik luar biasa apabila seekor labah-labah red back menewaskan ular brown Australia di timur laut negeri Victoria pada Rabu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wanita itu, Robyn McLennan merakamkan kejadian pelik itu di ladang anggur Gapstead Wines di negeri Victoria sebelum dikongsi di laman Facebook.

“Labah-labah yang berada di sarangnya mengangkat keseluruhan ular tersebut dari atas tanah. Reptilia itu kini tergantung di udara,” katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya.

Labah-labah red back kerap dirakam menangkap cicak dan ular kecil. Pada kebiasaannya, ia membunuh dengan menggunakan bisanya sebelum membalut mangsa dengan pintalan sarang haiwan tersebut.

Ular brown Australia pula dikenali sebagai ular kedua paling berbisa di dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN