Fasha ikuti kursus kahwin kali kedua - Utusan Malaysia

Fasha ikuti kursus kahwin kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Fasha Sandha mengikuti kursus kahwin buat kali kedua bersama tunangnya, Aidil Aziz walaupun sebenarnya tidak perlu berbuat demikian.

Pemilik nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan itu berkata, tidak menjadi kesalahan untuk menimba ilmu tentang alam rumah tangga kerana perkara itu mampu mengingatkannya perihal rumah tangga termasuk tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Siapa yang pernah pergi kursus dua kali? Sepatutnya tidak payahkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak mengapalah. Takutlah lupa macam mana ingin jadi isteri balik. Belajar sekali lagi. Ya Allah, permudahkanlah. Amin,” kongsinya di laman Instagram miliknya.

Pelakon filem Anak Halal itu turut memuat naik foto bersama tunangnya, Aidil, 32, di laman sosialnya selepas selesai mengikuti kursus kahwin tersebut.

Terdahulu, Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu dan mereka dijangka disatukan sebagai suami isteri pada akhir Mac ini di Perlis.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 27 April 2012 namun bercerai selepas empat tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima, 4. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×