Bawaslu kesal tindakan FPI kasari wartawan - Utusan Malaysia

Bawaslu kesal tindakan FPI kasari wartawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 24 Feb. – Badan Pengawasan Pemilihan Umum (Bawaslu) kesal dengan tindakan Laskar Pembela Islam, sebuah sayap Barisan Pertahanan Islam (FPI) yang mengasari petugas media ketika membuat liputan program Munajat 212 di Taman Monas, Khamis lalu.

Lapor Tempo.co, jurucakap Bawaslu, Rahmat Bagja memberitahu, insiden seperti itu tidak seharusnya berlaku terhadap mana-mana petugas media ketika mereka menjalankan tugas.

“Wartawan tidak boleh diancam, dipaksa atau diugut ketika membuat liputan kempen atau aktiviti komuniti yang dibuka kepada orang ramai,” katanya di Menteng, Jakarta, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Program itu dilaporkan kecoh apabila sekumpulan petugas media yang berada di majlis tersebut sempat merakam insiden seorang pencuri ditahan, menggunakan telefon pintar mereka. Menyedari tindakan itu, FPI memaksa mereka untuk memadamkan rakaman itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×