Kanak-kanak tahan sakit kaki tersepit lidi basikal - Utusan Malaysia

Kanak-kanak tahan sakit kaki tersepit lidi basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 24 Feb. – Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun terpaksa menahan sakit dan mengalami detik mencemaskan selepas kaki kanannya tersepit pada lidi basikal di Kampung Padang Tenggala di sini semalam.

KAKI kanan seorang kanak-kanak yang tersepit pada lidi basikal
KAKI kanan seorang kanak-kanak yang tersepit pada lidi basikal di Kampung Padang Tenggala di Temerloh Pahang.

Kejadian kira-kira pukul 11.22 malam semalam itu menyebabkan kaki kanan murid sekolah rendah itu mengalami kecederaan.

Pegawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Temerloh, Mohd Rodzuan  Omar berkata, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian pada pukul 10.26 malam mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sampai di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki tersepit kakinya  pada lidi basikal  bahagian depan.

“Tindakan operasi menggunakan playar untuk memotong lidi basikal tersebut dan berjaya dikeluarkan kaki kanak- kanak tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×