BERLIN 24 Feb. – Polis Jerman mengakui kehilangan hampir kesemua bukti digital bagi melawan dua pedofilia yang dituduh melakukan serangan seksual terhadap kira-kira 31 kanak-kanak dan merogol mangsa lebih 1,000 kali.
Daily Mail melaporkan, suspek utama, Andres, 56, dan jiran perkhemahannya, Mario, 33, melakukan serangan seksual terhadap berpuluh-puluh kanak-kanak di taman karvan di Luegde.
Kes tersebut telah mengejutkan Jerman dan menimbulkan tanda tanya kepada pihak pendakwaan mahupun orang ramai mengapa pihak berkuasa tidak membuat tindakan selepas bertahun-tahun.
Memuatkan artikel berkaitan…
Lebih mengejutkan, polis mengatakan beg yang mengandung 155 bukti digital penting yang masih belum diteliti telah hilang.











