SETAHU kita nasi adalah makanan ruji bagi rakyat negara ini.
Jadi, sudah kenapa Malaysia perlukan empat juta tan jagung bijian setahun?
Keperluan itu membuatkan jagung terpaksa diimport sehingga mencecah nilai berbilion ringgit setiap tahun.
Pelik bukan? Siapa yang gemar sangat makan jagung? Sedap sangatkah resipi jagung sampai ‘laku keras’.
Jika berdasarkan keperluan empat juta tan jagung bijian setahun dan satu hektar tanah boleh hasilkan 10 tan, maka kita perlukan 400,000 hektar tanah untuk capai 100 peratus tahap sara diri (SSL).
Jadi berdasarkan situasi ini, jika sesiapa ada tanah terbiar di kampung elok juga jika ditanam jagung.
Bukan sahaja boleh kurangkan import, malah turut melahirkan lebih ramai pengusaha yang terlibat dalam industri jagung bijian.
Tapi….tunggu sekejap! Kita pun nak tahu juga apa usaha dan langkah MARDI bagi meningkatkan pengeluaran jagung bijian.
Takkan selama-lamanya mahu import?
Untuk mengetahui siapa atau apa yang gemar sangat makan jagung, berapa nilai import setahun serta perancangan MARDI untuk meningkatkan penanaman jagung bijian, ikuti artikel dalam Utusan Malaysia menerusi ruangan Mega Agro esok (Isnin) atau layari www.utusan.com.my.











