URENA 24 Feb. – Tentera yang setia kepada Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menghalau konvoi bantuan kemanusian Amerika Syarikat (AS) dengan menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah turut meragut dua nyawa.
Reuters melaporkan, trak yang sarat dengan muatan makanan dan ubat-ubatan itu berpatah balik ke Colombia selepas penyokong pembangkang gagal melepasi tentera yang menggunakan getah berapi untuk menyuraikan mereka hingga menyebabkan berpuluh-puluh orang cedera.
Marah dengan sokongan kerajaan Colombia kepada pemimpin pembangkang, Juan Guaido, Presiden Venezuela itu telah menamatkan hubungan diplomatik dengan Bogota dan mengarahkan kakitangan diplomatnya meninggalkan negara itu dalam tempoh 24 jam.
Memuatkan artikel berkaitan…











