Tular lelaki mirip Ahmad Dhani berniaga - Utusan Malaysia

Tular lelaki mirip Ahmad Dhani berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 24 Feb. – Penyanyi kumpulan Dewa, Ahmad Dhani telah dijatuhi hukuman penjara selama satu tahun enam bulan pada 28 Januari lalu selepas didapati bersalah membuat pernyataan kebenciaan di laman sosial miliknya.

Lapor Okezone, bapa kepada lima anak itu bagaimanapun sekali lagi menjadi bualan warganet Indonesia apabila tular gambar seakan lelaki itu yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @silvenqueer.

Dalam gambar itu kelihatan seorang lelaki mirip Ahmad Dhani sedang leka memasak makanan ringan yang dijual di warung miliknya yang terletak berhampiran Universiti Diponegoro, Semarang, Jawa Tengah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila di ‘zoom’ memang mirip,” kata pengguna media sosial Twitter @TulangRusuk_

Sementara itu, seorang pengguna akaun Twitter @arom_sh menulis, Ahmad Dhani masih dalam penjara boleh menjual begitu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×