JEPARA 24 Feb. – Seorang lelaki menjadikan sebuah kereta Honda Jazz sebagai hadiah hantaran kepada bakal isterinya di Kudus, Jawa Timur.
SEORANG lelaki membawa kereta Honda Jazz yang menjadi hadiah hantaran buat bakal isterinya di Indonesia baru-baru ini. -AGENSI
Portal Okezone melaporkan, kereta berwarna merah itu dihantar terus ke rumah bakal isterinya itu dihiasi dengan bunga dan reben.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pada plat kenderaan itu pula tercatat ‘Hanif & Lulu, Just Married’.
Kejadian ini menjadi tular kerana tidak ramai yang tidak membawa kereta yang dihadiahkan pada majlis perkahwinan. -AGENSI











