Kenyataan calon PH, Muhyiddin berbeza - Utusan Malaysia

Kenyataan calon PH, Muhyiddin berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan kenya­taan berbeza Pakatan Harapan (PH) berkaitan pemberian hamper dan tawaran bantuan baik pulih rumah penduduk bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Najib memberitahu, ini kera­na calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih, Muhammad Aiman Zainali menafikan hamper dan surat tawaran membaiki merupakan pemberian parti tersebut.

NAJIB RAZAK
NAJIB RAZAK 

“Calon PH juga kata mereka telah membuat laporan polis tentang pemberian ini dan bertegas PH perlu bertanding dengan bersih dan berpegang kepada prinsip.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akan tetapi, setelah calon PH menafikan Presiden Bersatu pula mengesahkan pemberian ini daripada kerajaan PH,” katanya dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Tambah Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa pemberian tersebut bukan cubaan membeli undi dan tidak ada pelanggaran undang-undang pilihan raya kerana telah diatur sebelum PRK.

“Presiden yang juga menteri jaga polis berkata jika UMNO mahu membuat laporan polis, laporlah.

“Pertama kali saya tengok surat tawaran rasmi kerajaan disertakan dengan hamper dan risalah parti.

“Kita bersangka baik, walaupun saya tengok hamper ini ada makanan tetapi tidak ada limau mandarin mungkin hamper ini ialah untuk Tahun Baharu Cina yang baru berlalu,” katanya.

Najib menambah, seperti biasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) terus membisu tentang pelanggaran undang-undang pilihan raya yang amat jelas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini