Teruk kena ‘hentam’, Aiman akui tidak terkes - Utusan Malaysia

Teruk kena ‘hentam’, Aiman akui tidak terkes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 23 Feb. – Walaupun teruk dihentam dalam media sosial, calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali mengakui beliau tidak terkesan dengan cercaan warganet berhubung isu tersalah cakap dalam cera­mah kempen yang dijalankan di Pusat Daerah Mengundi Batu 26, Beranang di sini kelmarin.

Aiman yang juga Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu La­ngat berkata, kejadian itu sebenarnya hanya menunjukkan dirinya yang begitu bersemangat untuk membantu rakyat.

MUHAMMAD AIMAN
MUHAMMAD AIMAN

“Itu menunjukkan semangat saya. Apabila menang, hari seterusnya saya akan turun, saya akan bantu rakyat. Saya akan selesaikan masalah-masalah yang ada di Semenyih ini. Itu maksudnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini menunjukkan kesungguhan saya. Saya tidak terkesan dan itu adalah janji saya untuk bekerja bersungguh-sungguh,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sembang Mesra Bersama Penduduk Taman Pelangi Semenyih di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut hadir dalam majlis itu.

Muhammad Aiman ditanya me­ngenai kesilapannya yang mengeluarkan kenyataan bahawa hari ini menang, esok selesai semua masalah penduduk dalam ceramah PH di Batu 26, Beranang, kelmarin.

Malah, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengakui kesilapan yang dilakukan calon itu dan ia masih boleh diperbetulkan.

Tambah Muhammad Aiman, beliau juga ada dinasihatkan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini