Hina Islam: Bantahan besar-besaran menanti - Utusan Malaysia

Hina Islam: Bantahan besar-besaran menanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 23 Feb. – Episod penghinaan de­mi penghinaan terhadap­ aga­­­ma Islam yang me­nim­bulkan kema­ra­­han­ umat­nya perlu segera di­­ambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Presiden Pertubuhan Gene­rasi Warisan Kebangsaan (Gene­rasi), Roslan Md. Esa berkata, umat Islam perlu mengadakan bantahan besar-besaran sekiranya tindakan penghinaan yang semakin melampau itu tidak dikenakan tindakan sewajarnya.

“Kami tidak teragak-agak me­ngerahkan seluruh umat Is­lam mengadakan bantahan be­sar-besaran atas isu ini demi menjaga serta mempertahankan kemuliaan dan keagungan baginda Rasulullah SAW.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Generasi sekali lagi melaungkan amaran agar bukan Muslim tidak terus melakukan provokasi melampau kerana kesabaran umat Islam ada batasnya,” kata beliau di sini hari ini.

Baru-baru ini laporan polis telah dibuat terhadap seorang pe­milik akaun Facebook, Foo Sing Wai be­rikutan tindakannya­ menghi­na Nabi Muhammad SAW dan isteri bagin­da, Saidatina Aisyah.

Bagaimanapun lelaki berusia 68 tahun itu yang ditahan di ru­mahnya di Menta­kab pada 19 Februari lalu, dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil kete­rangan semalam.

Menurut Roslan, tindakan lelaki berkenaan merupakan satu provokasi biadab dan melampaui batas yang menghina serta mencabar kesabaran umat Islam dengan sengaja menyalakan api perbalahan dan memarakkan rasa benci.

Sementara itu, Pe­ngerusi Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas) Bera, Mohd. Al Azraf Shafiq Mohd. Sayuti berkata, tahanan reman dan sekadar diambil kete­rangan tidak cukup dengan tindakan peng­hinaan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan terhadap agama Islam.

“Kita sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak menjurus kepada mana-mana parti politik tidak berpuas hati dengan ha­nya diambil ketera­ngan tanpa tindakan tegas. Kita sedia menggerakkan ahli bagi sama-sama mengadakan bantahan besar-besaran sekiranya tiada tindakan tegas diambil,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini