Pendaki maut atas Gunung Besar Hantu - Utusan Malaysia

Pendaki maut atas Gunung Besar Hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU – Seorang pendaki lelaki berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia semasa mengikuti aktiviti mendaki Gunung Besar Hantu dekat sini hari ini.

Mangsa, Rashid Harun yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor terlebih dahulu dilaporkan pengsan semasa melakukan aktiviti itu kira-kira pukul 1.50 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, mangsa mula mendaki gunung itu pada awal pagi bersama 13 rakannya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada pukul 1.57 petang bomba terima laporan mangsa pengsan di puncak gunung setinggi 1, 200 meter itu. Sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jelebu dikerahkan ke lokasi bagi memberi bantuan.

“Lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 7.30 malam semasa sedang dibawa turun dari gunung itu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norazam berkata, anggota bomba tiba di kaki Gunung Besar Hantu pada pukul 2.40 petang untuk memulakan pendakian sebelum tiba di puncak gunung tiga jam kemudian.

Setakat berita ini ditulis, jenazah mangsa difahamkan masih dalam perjalanan dibawa turun oleh anggota bomba. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×