PDRM rehatkan Fauzi - Utusan Malaysia

PDRM rehatkan Fauzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Feb.- Jurulatih Bolasepak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Fauzi Pilus menjadi pengendali pertama dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini yang direhatkan selepas pasukan berkenaan tewas 0-1 kepada Selangor United di Stadium Majlis Pembandaran Selayang, sebentar tadi.

Perkara itu disahkan pengurus pasukan PDRM, Datuk Kamarul Ariffin Mohd. Shahar yang memberitahu bahawa ketua jurulatih berkenaan direhatkan berkuatkuasa hari ini.

“Saya bersama pasukan bukan daripada peringkat awal tetapi di akhir persiapan. Satu sahaja saya mahu cakap ibarat kita nak memasak ramuan yang menyedapkan masakan semua dah ada tetapi kalau tukang masak tidak sedap maka makanan itu akan jadi tidak sedap.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jurulatih direhatkan berkuatkuasa hari ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×