Malaysia tidak layan tuntutan ke atas Sabah - Utusan Malaysia

Malaysia tidak layan tuntutan ke atas Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 23 Feb. – Kementerian Luar menyifatkan tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah adalah tidak berasas.

Jelas Wisma Putra, Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa telah memperakui Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia semenjak pembentukan Persekutuan pada tahun 1963.

“Sehubungan itu, Malaysia tidak akan melayan sebarang tuntutan ke atas Sabah oleh mana-mana pihak,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wisma Putra mengeluarkan kenyataan itu sebagai respons kepada laporan Free Malaysia Today berhubung kenyataan Duta Filipina ke Malaysia Charles Jose kelmarin mengenai tuntutan negaranya ke atas Sabah tidak pernah berakhir.

Beliau turut dilaporkan menyatakan kesediaan pihaknya bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah bagi menyelesaikan isu rakyat negara itu yang tidak mempunyai sebarang dokumen.

Jose dilaporkan mengeluarkan kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohamad Shapie Apdal.

Kenyataan itu juga sebagai respons kepada kenyataan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Jahid Jahim mengenai isu sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×