PRK Semenyih: Mohamad, Tuan Ibrahim sepentas pada 28 Februari - Utusan Malaysia

PRK Semenyih: Mohamad, Tuan Ibrahim sepentas pada 28 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 23 Feb.- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan bersama sepentas dalam ceramah perdana sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ceramah tersebut akan diadakan pada 28 Februari nanti, dua hari sebelum hari pengundian pada 2 Mac.

“Hari ini ada ceramah perdana melibatkan kepemimpinan pemuda UMNO dan Pas manakala pada 28 Februari depan pula melibatkan kepemimpinan utama kedua-dua parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dijangka ceramah tersebut akan disertai oleh Datuk Seri Mohamad dan Datuk Tuan Ibrahim, timbalan dengan timbalan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai program ‘walkabout’ di pasar malam pekan Semenyih di sini hari ini.

Yang hadir sama, calon BN bagi PRK Semenyih, Zakaria Hanafi.

Sementara itu, Ismail yang juga merupakan Naib Presiden UMNO berkata, perjalanan kempen BN di PRK Semenyih berjalan lancar seperti dirancang.

“ ‘Mood’ pengundi juga setakat ini dilihat lebih kepada calon BN. Walaupun pada peringkat awal ada pihak yang cuba membandingkan faktor umur, tetapi jelas faktor kematangan itu telah memberikan kelebihan kepada calon BN,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×