Arsenal, Chelsea jadi pilihan - Utusan Malaysia

Arsenal, Chelsea jadi pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 22 Feb. – Arsenal akan berdepan kelab Perancis, Rennes manakala Chelsea diundi menentang Dynamo Kiev dalam pusingan 16 akhir Liga Europa hari ini.

Kedua-dua gergasi Liga Perdana Inggeris itu menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan mereka apabila menjadi tuan rumah pada saingan 7 Mac ini, sebelum bertandang ke tempat lawan pada 14 Mac.

Undian yang diterima Arsenal bermakna penjaga gol veteran, Petr Cech akan kembali berdepan pasukan yang pernah diwakili selama dua musim sebelum menyertai Chelsea pada 2004.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam aksi tumpuan lain, juara lima kali, Sevilla pula diundi berdepan Slavia Prague manakala Napoli menentang juara Austria, Salzburg yang mara ke separuh akhir musim lalu.

Bekas naib naib Piala Eropah dan Juara antara Juara, Eintracht Frankfurt dari Jerman bakal berdepan gergasi bola sepak Itali, Inter Milan, yang merupakan juara Eropah tiga kali. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×