GUWAHATI 22 Feb. – Seramai 25 orang pemetik teh India termasuk 15 orang wanita maut selepas beberapa jam minum alkohol beracun, semalam.
Menurut pihak polis, pulahan lagi mengadu sakit perut dan muntah-muntah yang teruk kini dirawat di dua hospital tempatan.
Kira-kira 50 pekerja di ladang the Salmora di di daerah Golaghat, Assam telah dihantar ke hospital selepas minum alkohol beracun tersebut dan ramai yang mati dalam perjalanan.
Doktor kanan di Hospital Kolej Perubatan Jorhat, Ganesh Bora berkata, pihaknya telah berusaha menyelamatkan mangsa tetapi gagal.
“Mereka membeli arak tempatan dari penjual dan meminumnya malam semalam dan sejurus kemudian jatuh sakit,” kata pegawai kanan daerah tersebut, Dhiraj Das.
Ketua Menteri Assam Sarbananda Sonowal telah mengarahkan siasatan dan seorang lelaki telah ditahan. -AFP











