BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 23 FEBRUARI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 23 FEBRUARI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan satu berita gembira berkaitan tol bakal diumumkan sedikit masa lagi dalam ceramahnya sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Batu 26, Beranang, Selangor malam kelmarin, respon yang diterima daripada orang ramai dilihat hambar. Boleh dikatakan daripada kira-kira 150 orang yang hadir, adalah dua, tiga ‘kerat’ bertepuk tangan.

Awang percaya, situasi sebaliknya berlaku jika Muhyiddin berucap demikian semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Ketika itu, kebanyakan rakyat sudah tidak sabar-sabar nak menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan yang baharu. Sebab itulah, apa sahaja dicanangkan oleh pembangkang ketika itu disambut dengan penuh semangat oleh orang ramai.

Mungkin ramai sudah sedar, janji-janji kempen pilihan raya sekadar boleh dengar sahaja, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Janji mahu menghapuskan tol selepas 100 hari mentadbir negara dalam manifesto PH semasa PRU-14 pun sampai sekarang belum dilaksanakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih meragukan Awang, Menteri Kerja Raya, Baru Bian semalam memaklumkan, kajian oleh perunding bebas mengenai isu tol di negara ini masih berjalan dan dijangka siap hanya pada Mei. Justeru, hentikanlah main isu tol, Awang sudah menyampah mendengarnya!

AWANG – Tak bayar tol sebab naik motosikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×