Tip pelajar IPT jalani latihan industri - Utusan Malaysia

Tip pelajar IPT jalani latihan industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
MENURUT Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi 2010, latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia oleh pihak industri bagi memperkasa kompetensi mahasiswa.

Antara faktor yang menyumbang kepada keberkesanan latihan industri ialah sikap individu dan penerimaan mahasiswa itu sendiri. Antara tip yang sering diberikan oleh Koordinator Latihan Industri di universiti ialah:

1) Datang setengah jam awal ke tempat kerja terutamanya pada hari pertama latihan industri bermula. Tempoh penyesuaian diri di organisasi tersebut tidak berlaku dalam sehari dua, oleh itu pelajar perlu mendisiplinkan diri untuk tiba lebih awal.

Memuatkan artikel berkaitan…

2) Menjaga tanggapan pertama bos dan staf lain adalah sama penting. Pakaian haruslah kemas dan kena pada tempatnya.

3) Ringankan mulut

untuk memberi salam kepada semua orang yang anda jumpa di syarikat, senyum dan berjabat tangan sambal memperkenalkan diri anda sebagai pelajar praktikal. Ini akan menyebarkan aura positif dalam kalangan pekerja.

4) Interaksi yang bagus dengan staf-staf syarikat sangat dituntut kerana mustahil anda dapat menyiapkan tugasan yang diberi seorang diri.

5) Jika anda kurang arif mengenai sesuatu tugasan, jangan rasa malu untuk bertanya kepada staf lain.

6) Disiplinkan diri mencatat aktiviti kerja anda di dalam log book setiap hari. Jika mula menangguhkannya, ada kemungkinan anda akan terus terlupa perkara penting yang dilakukan pada hari tersebut.

Dengan memaksimumkan usaha sebagai pelajar praktikal, anda berpotensi besar diserap bekerja dalam syarikat tersebut kerana telah mahir membuat tugasan sekali gus menjimatkan masa pihak syarikat melatih staf baharu untuk mengisi jawatan kosong yang ada.

NURUL’AIN HARIS,
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×