Hayabusa2 siasat asal usul bumi, solar - Utusan Malaysia

Hayabusa2 siasat asal usul bumi, solar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 22 Feb. – Kapal angkasa Jepun, Hayabusa2 selamat mendarat di asteroid Ryugu yang terletak kira-kira 300 juta kilometer dari bumi, hari ini.

Menurut Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (JAXA), Hayabusa2 dalam misi untuk mengumpul petunjuk mengenai asal usul bumi dan sistem solar.

“Kami mengesahkan ia telah selamat mendarat,” kata jurucakap JAXA, Chisato Ikuta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Ikuta, pusat kawalan JAXA telah menerima data menunjukkan Hayabusa2 berada dalam keada­an normal dan baik.

Tambah Ikuta, saintis ketika ini sedang mengumpul dan menganalisa data daripada kapal angkasa berkenaan.

Asteroid Ryugu dikatakan mengandungi sejumlah besar bahan organik dan sumber air kira-kira 4.6 bilion tahun lalu ketika sistem solar ‘dilahirkan’.

Hayabusa2 akan mele­tupkan permukaan asteroid tersebut bagi mendapatkan sampel baharu yang tidak terdedah daripada angin serta radiasi dari Ryugu.

Saintis berharap sampel ter­babit akan memberikan jawapan terhadap persoalan berkaitan kehidupan dan alam semesta, termasuk sama ada elemen dari angkasa membantu meningkatkan kehidupan di bumi.

Misi Hayabusa2, dengan kos sekitar 30 bilion yen (RM1.1 bilion) dilancarkan pada Disember 2014 dan dijangka pulang ke bumi sekitar 2020. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×