Sindrom 'Februari blues' , resahkan kem Barcelona - Utusan Malaysia

Sindrom ‘Februari blues’ , resahkan kem Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA – Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique memberi amaran kepada rakan sepasukan agar tidak hilang fokus sepanjang saingan bulan Februari dan Mac menjelang aksi La Liga menentang Sevilla di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan malam ini.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu mengakui bimbang dengan pres­tasi pasukan tersebut, lebih-lebih lagi mereka sering menunjukkan kemerosotan ketika beraksi dalam bulan Februari atau lebih dikenali sebagai sindrom ‘Februari blues’ dalam kalangan pemain pasukan itu.

Justeru, dia menggesa pemain-pemain Barcelona agar bangkit daripada aksi longlai dan menewaskan Sevilla bagi membolehkan mereka terus menerajui takhta liga dengan lebih selesa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sudah lama bersama pasukan ini dan jika dilihat pada sejarah pasukan, kami sering mengalami kemerosotan prestasi pada Februa­ri dan Mac. Keadaan itu boleh menyebabkan kami keciciran banyak mata.

“Ia bukan perkara baru kerana pernah terjadi ketika Pep Guardiola menjadi jurulatih. Apa yang penting adalah pemain perlu fikirkan kemenangan biarpun gagal tampilkan aksi terbaik,” kata Pique.

Skuad kendalian Ernesto Valverde itu pastinya memerlukan kemenangan pada perlawanan malam ini bagi mengembalikan keyakinan sebelum bertandang ke Santiago Bernabeu bertemu Real Madrid bagi aksi timbal balik Piala Raja Sepanyol.

Dalam pada itu, Real juga tewas mengejut 1-2 kepada pasukan kerdil, Girona dalam saingan La Liga Ahad lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×