ISLAMABAD 22 Feb. – Pakistan hari ini telah mengenakan sekatan semula terhadap dua badan kebajikan yang dikaitkan dengan pengasas kumpulan Jaish-e-Mohammed (JeM) dan Lashkar-e-Taiba (LeT).
Memuatkan artikel berkaitan…
Reuters melaporkan, sekatan itu dibuat selepas Pakistan berdepan tekanan antarabangsa supaya bertindak terhadap kumpulan militan berikutan ketengangan dengan India susulan serangan bom bunuh diri terhadap separa tentera di wilayah Kashmir.
Dua badan kebajikan berkenaan, Jamaat-ud-Dawa (JuD) dan Yayasan Falah-e-Insaniat (FIF) ditubuhkan oleh Hafiz Saeed, yang telah lama berada dalam senarai pengganas antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). -AGENSI











