Kaji had umur Dewan Negara langkah terbaik - Utusan Malaysia

Kaji had umur Dewan Negara langkah terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Cadangan supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula had umur kelayakan bagi membolehkan seseorang individu dilantik sebagai ahli Dewan Negara disifatkan langkah terbaik dalam membawa suara golongan muda.

Khairil Azmin Mokhtar
KHAIRIL AZMIN

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Khairil Azmin Mokhtar berkata, perkara tersebut bukan sahaja mampu menjadikan badan legislatif menggubal undang-undang relevan untuk golongan muda, sebaliknya mengambil kira pandangan yang lebih segar dan menjurus kepada keperluan generasi muda.

Beliau berkata, cadangan tersebut bagaimanapun bukan menidakkan keupayaan pemimpin veteran dalam menyuarakan dan memperjuangkan hak-hak untuk orang muda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cadangan itu dilihat positif kerana had umur jika mahu diturunkan kepada 21 tahun pun dilihat wajar dan tiada sebarang masalah.

“Tetapi mereka yang dilantik perlu memenuhi syarat yang ditetapkan sama ada mempunyai kredibiliti dan berpengalaman luas, namun tidak semestinya isu-isu orang muda dibawa oleh golongan ini sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, Na’im Brundage yang berpendapat penurunan had umur ahli Dewan Negara pada tahap 30 tahun ketika ini sangat kritikal supaya penggubalan dasar di era Malaysia baharu dapat memenuhi aspirasi dan keperluan generasi muda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini