TOKYO 22 Feb. – All Nippon Airways (ANA) hari ini mengesahkan satu penerbangan domestik pada Selasa lalu terpaksa ditangguh selepas seorang juruterbangnya gagal dalam ujian pernafasan alkohol.
Kejadian itu berlaku selepas Jepun mempekenalkan peraturan baharu berkenaan penggunaan alkohol oleh juruterbang selepas beberapa kejadian melibatkan krew penerbangan menjadi tajuk utama.
Pda Selasa lalu, pembantu juruterbang tersebut syarikat berkenaan dijadualkan menerbangkan Boeing 777 dengan 322 penumpang di atas kapal dari Kobe ke Haneda di Tokyo.
Dia bagaimanapun gagal dalam ujian pernafasan tersebut selepas minum setin bir di bilik hotelnya kira-kira enam jam sebelum penerbangan.
Penerbangan itu ditangguh lebih sejam sementara mencari juruterbang gantian.
Susulan kejadian itu, ANA dalam satu kenyataan telah melarang juruterbang dan pembantu juruterbang untuk minum alkohol dalam tempoh 24 jam sebelum penerbangan,
-AFP











