Pas akan kotakan janji sokong PM jika berlaku undi tidak percaya - Utusan Malaysia

Pas akan kotakan janji sokong PM jika berlaku undi tidak percaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 22 Feb. – Pas menegaskan akan mengotakan janji memberi sokongan kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri itu benar-benar berlaku.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata meskipun Pas di pihak pembangkang sokongan diberikan kepada Dr Mahathir demi meneruskan kepimpinan Islam dalam kerajaan.

“Kita mempunyai maklumat (undi tidak percaya kepada perdana menteri) sebab itulah kita bagi sokongan…kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan sokong bahkan sokong walaupun dalam kita (PAS) jadi pembangkang demi kepimpinan orang Islam,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya selepas menyampaikan kuliah dhuha di Rusila, dekat sini hari ini.

Anggota Parlimen Marang itu mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam di Kuala Lumpur yang mahu melihat sama ada Pas mengotakan janji menyokong beliau jika usaha menggulingkan beliau berlaku.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sokongan Pas itu adalah jaminan akan bersama Perdana Menteri atas dasar untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

Isu mengenai undi tidak percaya dibangkitkan selepas pendedahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan kononnya terdapat dua parti dalam PH mungkin merancang pembelotan terhadap Dr Mahathir.

Abdul Hadi juga memberi bayangan kurangnya penglibatan parti komponen PH membantu calon mereka dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih seperti mengiakan wujudnya usaha menggulingkan Pengerusi PH itu.

– BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×