Kurangkan penjawat awam: Kenyataan tidak kondusif - Utusan Malaysia

Kurangkan penjawat awam: Kenyataan tidak kondusif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Kenyataan yang dibuat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa jumlah penjawat awam perlu dikurangkan dilihat tidak kondusif untuk Pakatan Harapan (PH) yang sedang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, perkhidmatan awam adalah satu perkara penting bagi orang Melayu malah dianggap satu daripada hak istimewa orang Melayu.

Katanya, orang Melayu juga banyak bergantung harap kepada perkhidmatan awam untuk membina karier dan mencari nafkah bagi menampung kehidupan seharian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir kenyataan Dr. Mahathir ini tidak kondusif untuk PRK DUN Semenyih kerana peratusan tinggi pengundi Melayu (68 peratus) boleh menyebabkan mereka (Melayu) akan memprotes kenyataan beliau dengan memberi undi kepada BN.

“Perkhidmatan awam adalah isu sensitif maka sebarang cadangan untuk mengurangkan saiz perkhidmatan awam, walaupun cadangan itu ada asasnya, ia tetap akan dipandang serong dan ditolak oleh orang Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×