Kerajaan Persekutuan tidak berhasrat hentikan proJek Hospital Lawas - Utusan Malaysia

Kerajaan Persekutuan tidak berhasrat hentikan proJek Hospital Lawas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 22 Feb. – Kerajaan Persekutuan tidak berhasrat untuk menghentikan projek Hospital Lawas, yang dikategorikan sebagai projek sakit, di bawah kerajaan BN, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

BARU BIAN
BARU BIAN 

Beliau menjelaskan projek itu dimulakan pada tahun 2011 dan dijangka siap pada 2016. Bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan masih belum dimulakan.

“Kerajaan PH menyedari keperluan mendesak bagi hospital ini. Kementerian saya telah menyiapkan kajian dan pelawaan tender dibuat pada 15 Feb tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dokumen tender akan mula dijual pada 4 Mac 2019,” kata Baru dalam kenyataan di sini hari ini, bagi menjawab gesaan Anggota Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, supaya kerajaan Persekutuan meneruskan projek Hospital Lawas.

Bagi Hospital Petra Jaya pula, beliau berkata dokumen tender boleh dibeli pada 25 Feb, manakala pelawaan tender bagi Hospital Miri dijangka dibuat pada awal April tahun ini.

“Kami komited untuk memenuhi keperluan rakyat dan kami akan memastikan supaya Hospital Lawas, Hospital Petra Jaya dan Hospital Miri siap tanpa sebarang kelewatan lagi,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×