KBS siapkan pusat sehenti untuk bekas atlet - Utusan Malaysia

KBS siapkan pusat sehenti untuk bekas atlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan kini dalam usaha menyiapkan sebuah pusat sehenti untuk tujuan kebajikan kepada atlet dan bekas atlet negara, kata Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Kementerian membuat keputusan untuk membuka sebuah pusat sehenti khusus untuk atlet. Kita mahu siapkan secepat mungkin sama ada pada suku kedua atau ketiga tahun ini.

“Ia bukan satu tempat untuk menyelesaikan kes demi kes tetapi lebih bersifat menyeluruh bagi atlet. Walaupun ada yang sudah lama bersara, terbukti mereka telah berkhidmat untuk negara dan kita juga mempunyai tanggungjawab moral kepada mereka,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran sistem pengundian secara berkomputer untuk pendaftaran penyertaan Maraton KL Standard Chartered 2019 di sini hari ini.

Syed Saddiq berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) bahawa keutamaan perlu diberikan kepada mereka untuk mendapatkan pekerjaan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×