Mangsa hilang di Sungai Segaliud ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Mangsa hilang di Sungai Segaliud ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINABATANGAN 21 Feb. – Seorang lelaki yang hilang semasa menangkap ikan menaiki bot di Sungai Segaliud, Kota Kinabatangan di sini malam tadi ditemukan lemas pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di sini, mangsa Mohamad Salim, 61, ditemukan pukul 10.32 pagi oleh penduduk kampung kira-kira satu kilometer dari lokasi botnya dijumpai.

Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan mangsa pada 10.59 malam tadi dan menggerakkan anggota ke tempat kejadian iaitu 14km dari balai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pencarian awal menjumpai bot mangsa dalam keadaan terbalik di sungai berkenaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×