SINGAPURA 21 Feb.- Seorang aktivis Singapura dihukum denda kerana menganjurkan sesi perbincangan awam melibatkan pejuang demokrasi terkenal Hong Kong, Joshua Wong secara haram.
Jolovan Wham, 39, disabit kesalahan kerana menganjurkan program tersebut tanpa permit sebelum mengundang Wong untuk bercakap dalam program berkenaan menerusi laman Skype
Wham dalam pada itu didapati bersalah kerana enggan menandatangani kenyataan bertulis yang diserahkan kepada pihak polis.
Memuatkan artikel berkaitan…
Beliau bagaimanapun memberitahu akan membuat rayuan di mahkamah.
Katanya, jika gagal, beliau memilih untuk tidak membayar denda dan lebih rela menjalani hukuman 16 hari penjara.-AFP











