Chamberlain, Sturridge hadir pada Anugerah BRIT - Utusan Malaysia

Chamberlain, Sturridge hadir pada Anugerah BRIT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Feb. – Bintang Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain dan Daniel Sturridge, kedua-dua mereka menghadiri Anugerah BRIT, pada Rabu malam (awal pagi waktu Malaysia).

Oxlade-Chamberlain mengenakan pakaian menarik perhatian serba hitam dengan ditemani teman wanitanya, penyanyi kumpulan Little Mix, Perrie Edwards, pada majlis anugerah yang diadakan di O2 Arena, London.

Rakan sepasukannya, Sturridge turut hadir pada majlis anugerah itu. Penyerang tersebut juga berada di atas pentas yang disertai Paloma Faith bagi menyampaikan anugerah Penyanyi Solo Terbaik Lelaki yang dimenangi, George Ezra.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengacara untuk anugerah tersebut, Jack Whitehall, yang merupakan peminat Arsenal, tidak dapat menahan dirinya daripada bergurau dengan Sturridge, apabila dia merujuk kepada pemain berusia 29 tahun itu sedang menanti untuk dinobatkan sebagai naib juara Liga Perdana Inggeris.

“Saya tidak mahu membuat peminat Liverpool berasa bimbang, tetapi kelihatannya Daniel Sturridge seperti ditimpa kecederaan sewaktu berjabat tangan dengan George Ezra. Dia mungkin terpaksa berehat selama beberapa bulan,” kata Whitehall.

Sturridge sekadar memanaskan bangku simpanan sewaktu Liverpool melakar keputusan seri 0-0 dengan Bayern Munich, semalam, dalam timbal balik pertama peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Oxlade-Chamberlain pula tidak terbabit dalam perlawanan tersebut, tetapi pemain antarabangsa England itu semakin hampir kembali ke pangkuan pasukan selepas ditimpa kecederaan lutut yang serius.

Liverpool kini berada di tangga kedua dalam Liga Perdana, walaupun berkongsi mata dengan pendahulu Manchester City, tetapi Reds memiliki kelebihan satu perlawanan di tangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×