MUNICH 21 Feb.- Dua lelaki maut dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di sini hari ini.
Jurucakap polis, Sven Mueller berkata salah seorang daripada mereka dipercayai melepaskan tembakan rambang namun tidak mencederakan orang awam.
“Orang awam tidak perlu lagi khuatir tentang keselamatan,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut penduduk tempatan, tembakan dilepaskan di sebuah kawasan pembinaan pada sekitar tadi waktu tempatan.
Jerman sejak Disember 2016 dalam langkah berjaga-jaga selepas seorang pencari suaka dari Tunisia yang mempunyai kaitan dengan pengganas membunuh 11 orang awam dan mencederakan ramai yang lain di sebuah pasar di Berlin.-REUTERS











