Pihak berkuasa Malaysia, Filipina usaha selamatkan tiga nelayan diculik - Utusan Malaysia

Pihak berkuasa Malaysia, Filipina usaha selamatkan tiga nelayan diculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Pasukan keselamatan negara dan pihak berkuasa Filipina sedang berusaha menyelamatkan tiga nelayan yang diculik di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan pada Disember lepas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini.

Katanya, kumpulan pengganas Abu Sayyaf mengancam untuk memenggal kepala mangsa menerusi sebuah video yang dimuat naik ke laman Facebook baru-baru ini.

“Ini perang psikologi kepada pasukan keselamatan dan keluarga mangsa bagi memberi tekanan untuk menunaikan permintaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Buku Panduan Siasatan Jenayah Agen Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sabah dan Sarawak di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 14 Februari lepas, kumpulan militan itu memuat naik sebuah video, yang memaparkan dua lelaki Indonesia dan seorang warga Malaysia, ke laman Facebook menerusi pengguna akaun Kim

Hundin dan mengancam untuk memenggal kepala mangsa jika wang tebusan tidak dibayar.

Jumlah wang tebusan tidak disebutkan dalam video itu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×