Polis cari dua suspek kes bunuh di Gombak - Utusan Malaysia

Polis cari dua suspek kes bunuh di Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Polis sedang mengesan seorang suspek lelaki bagi kes bunuh seorang lelaki warga Nepal yang berlaku di Apartmen Suria, Persiaran Kip 2, Taman Wangsa Permai di sini pada 20 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, suspek yang merupakan lelaki warga Myanmar berusia 41 tahun dicari bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Suspek bernama Aung Soe Lwin dengan pasport bernombor MC310488.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan P. Visvanathan di talian 019-4718571,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini.
 
Selain itu, pihak polis turut mencari suspek bagi kes bunuh melibatkan seorang lelaki warga India di hadapan sebuah kilang di Kampung Sungai Dua Tambahan, Jalan Batu Arang, Rawang di sini pada 30 Julai tahun lalu.

“Polis telah menahan tiga lelaki dan dua wanita tempatan di sekitar Rawang untuk membantu siasatan lanjut.

“Polis kini mencari suspek lelaki utama yang bernama K. Vijaya Kumar berusia 30 tahun dan alamat terakhirnya di No. 11A, Jalan Garing Permai 4, Garing Permai, Serendah di sini,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan suspek dan kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan I. Agilan di talian 019-5230801. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×