49 PATI bekerja di kilang plastik ditahan - Utusan Malaysia

49 PATI bekerja di kilang plastik ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Feb.- Jabatan Imigresen menahan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan Op Ikrar di sebuah kilang memproses plastik di Bandar Baru Bangi dekat sini semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua PATI yang ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu ialah 39 lelaki dan sepuluh wanita.

Menurutnya, mereka terdiri daripada 24 warga Nepal, 17 warga Indonesia, enam warga Bangladesh dan masing-masing seorang warga India dan Sri Lanka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika pemeriksaan dijalankan, mereka gagal mengemukakan permit kerja yang sah. Malah, ada yang tidak mempunyai dokumen diri, tinggal lebih masa serta lain-lain kesalahan melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 166 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1966.

“Kesemua tahanan telah dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan susulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Khairul Dzaimee, pihaknya mendapati masih terdapat syarikat-syarikat atau pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kelulusan pekerja asing yang diberikan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Katanya, syarikat-syarikat ini membuat perjanjian antara mereka dan menghantar pekerja ke premis tertentu untuk mengaut keuntungan dengan cara yang mudah tanpa kelulusan sah dari KDN.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, kita mendapati pekerja memiliki pas pekerja di premis lain. Apabila diminta bukti, pengurus hanya dapat mengemukakan surat dalam tindakan dari Kementerian Sumber Manusia untuk mengurus pekerja asing namun belum diluluskan.

“Kita tidak akan berkomproni terhadap mana-mana orang asing yang bekerja di sini tanpa permit yang sah serta pihak didapati melindungi PATI,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×