[VIDEO] Rasuah: Penjawat awam direman kes bekalkan cenderahati asnaf - Utusan Malaysia

[VIDEO] Rasuah: Penjawat awam direman kes bekalkan cenderahati asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASAH 21 Feb. – Seorang penjawat awam ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dalam pembekalan cenderahati asnaf bernilai RM20,865 kira-kira dua tahun lalu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 33 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Nur Haryatie Mohd. Saini selepas menerima permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Khairi Abdul Karim.

Suspek yang merupakan pegawai Hal Ehwal Islam Baitulmal dan diwakili peguam A. Kriyshanaa disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana disyaki menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan suapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penjawat awam itu ditahan oleh pegawai SPRM kira-kira pukul 3.30 petang semalam selepas dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Seremban.

Dia dipercayai menggunakan kedudukannya semasa bertugas di Baitulmal Kuala Pilah dengan mencadangkan dan mengesahkan permohonan melantik sebuah syarikat dalam kerja pembekalan cenderahati asnaf pada Jun 2017.

Lelaki yang kini bertugas di Baitulmal Tampin dipercayai mempunyai kepentingan peribadi dalam kerja pembekalan itu kerana ia didakwa dijalankannya sendiri dengan menggunakan nama syarikat tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×