Program Sembang Santai Najib di UKM ditunda - Utusan Malaysia

Program Sembang Santai Najib di UKM ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Program Sembang Santai Bossku bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan diadakan esok akan ditunda pada tarikh lain.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd. Shukor berkata, program tersebut merupakan anjuran pelajar universiti tersebut tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan.

“Saya rasa ia ditunda pada tarikh yang lebih selesa, bukan dibatalkan. Program ini anjuran pelajar, mereka yang menguruskan termasuk menjemput ahli-ahli politik dan penggiat seni.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami buka seluas luasnya ruang untuk pelajar berinteraksi dan berbincang dengan fikiran terbuka tanpa melalui saya pun. Biasanya Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang menguruskannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Bicara Persada: Cameron Highlands ke Semenyih: Adakah Landskap Politik Akan Berubah? di UKM, Bangi, dekat sini hari ini.

Program tersebut menjemput Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Naib Presiden Pas, Idris Ahmad; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen dan Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×